Penantian lama yang dinantikan sejak beberapa tahun lepas akhirnya terjawab di mana Netflix hari ini mengesahkan musim ketiga buat Castlevania akan tiba di Netflix pada 5 Mac 2020 ini.

Melalui pengumuman tersebut, Netflix menjanjikan siri ini akan menyertakan lebih banyak misteri, pembunuhan, kemusnahan dan semestinya lebih banyak puntianak.

Menariknya juga, kali ini musim ketiga siri ini akan menyertakan 10 episod, berbanding musim sebelum ini yang hanya 8 episod sahaja. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, musim ini juga terus ditulis oleh penulis asal iaitu Warren Ellis dan diarahkan oleh Sam Deats.

Bagi anda yang meminati siri Netflix Castlevania ini seperti kami, pastikan anda menandakan di kalendar untuk membuat sesi maratonton menjelang 5 Mac 2020 ini.

Sohor Kini