Sejak pengumuman logo rasmi PlayStation 5 awal tahun ini, Sony semestinya sibuk dengan persediaan untuk mengumumkan PlayStation 5 secara rasmi sekitar tahun ini di mana minggu ini juga mereka dilaporkan sedang mendaftar tanda dagang “PS5” di pelbagai negara.
Terkini, Sony akhirnya melancarkan laman rasmi PlayStation 5 di laman PlayStation. Dukacitanya, laman tersebut buat masa ini tidaklah menyertakan sebarang informasi baharu berkenaan konsol PlayStation 5 dan hanya mengesahkan ianya akan dilancarkan ketika musim percutian tahun ini, iaitu sekitar bulan Oktober sehingga Disember 2020 ini. Melalui laman tersebut, Sony juga menyatakan mereka masih belum bersedia untuk berkongsi informasi baharu.
Meskipun begitu, di laman tersebut Sony juga menyertakan satu fungsi khas untuk pelawat mendaftar untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan konsol tersebut, termasuklah dari segi tarikh pelancaran, harga, permainan dan sebagainya.
Jadi bagi anda yang ingin menjadi yang pertama untuk mengetahui kesemua informasi tersebut, anda boleh ke laman rasmi PlayStation 5 di bawah. Seperti biasa, kami di Aksiz juga pasti akan mengemaskini sebarang informasi terkini buat PlayStation 5, setelah ia diumumkan secara rasmi kelak.
[info] Layari: Laman Rasmi PlayStation 5[/info]Sebelum ini kami juga telah berkongsi satu artikel khas yang menyenaraikan kesemua informasi PlayStation 5 yang sudah diumumkan sebelum ini. Bagi artikel tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.