Skip to main content

Team 17 hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan Moving Out, iaitu ia bakal tiba pada 28 April 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini dibangunkan oleh SMG Studio dan diterbitkan oleh Team 17.

Moving Out merupakan permainan simulasi koperasi berpindah di mana pemain berupaya untuk bermain sehingga 4 pemain untuk memindahkan barangan-barangan rumah seperti perabot, almari, TV dan sebagainya, ke lori pemindahan.

Semestinya konsep permainan ini adalah seakan satu lagi permainan simulasi koperasi oleh Team 17 iaitu Overcooked, namun kali ini ianya lebih memfokuskan bentuk pemindahan barang.

Tambahan itu, memandangkan permainan menyertakan mod koperasi dan fizik permainan yang kelihatan kacau bilau, boleh dikatakan permainan ini pasti akan menjadi satu lagi permainan yang akan menguji persahabatan pemain jika dimainkan secara multi-pemain.

Semestinya kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk mencubanya, dan bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang April ini di platform pilihan anda.

Leave a Reply