Volition dan Deep Silver hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Saints Row: IV Re-Elected ke konsol Switch pada 27 Mac 2020 ini.
Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PlayStation 4 dan Xbox One, yang mana ianya adalah permainan pernambah-baikkan daripada 2013 lepas di PlayStation 3, Xbox 360 dan PC.
Saints Row: IV Re-Elected merupakan permainan dunia terbuka yang mana pemain akan bermain sebagai presiden Amerika Syarikat. Melaluinya, pemain berupaya untuk melakukan pelbagai kemusnahan seperti memandu kereta kebal, bertempur dengan senjata makhluk asing dan permainan ini juga menyertakan mod koperasi.
Menariknya, segala kandungan yang dilancarkan sebelum ini seperti kandungan penceritaan Enter The Dominatrix dan How The Saints Save Christmas juga disertakan secara bersama-sama dengan 25 lagi kandungan DLC lain.
Seperti anda sedia maklum, Deep Silver sebelum ini juga telah pun melancarkan permainan Saints Row: The Third di konsol Switch, sekaligus ini semestinya adalah sambungan daripada permainan tersebut. Volition juga sebelum ini mengesahkan permainan Saints Row seterusnya sedang dibangunkan.
Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Mac ini.