Jika semalam Nintendo melaporkan mengenai jumlah jualan konsol Switch mereka, hari ini, Sony pula melalui laporan kewangan mereka bagi suku ketiga untuk tahun fiskal 2019-2020.

Berdasarkan laporan oleh Daniel Ahmad, setakat Disember 2019, PlayStation 4 telah diedarkan sebanyak 108.9 juta unit, manakala 106 juta unit telah terjual seperti yang diumumkan oleh Jim Ryan semasa CES bulan lepas.

Selain itu, dilaporkan juga PlayStation 4 telah diedarkan sebanyak 6.1 juta unit sepanjang bulan Oktober sehingga Disember 2019 iaitu penurunan sebanyak 2 juta unit berbanding bulan yang sama pada tahun lepas. Mengikut tahun pula, PlayStation 4 telah diedarkan sebanyak 14.7 juta unit pada tahun 2019 berbanding 17.7 juta unit pada tahun 2018.

Pengurangan ini sudah dijangka kerana kita telah memasuki tahun untuk generasi baharu konsol.

Dengan pelbagai lagi permainan yang akan tiba untuk PS4, ia akan terus terjual pada tahun ini, walaupun jumlah akan berkurangan berbanding pada tahun-tahun lepas. Sony juga akan melakukan pelbagai jualan promosi seperti bersempena tahun baharu cina baru-baru ini.

Bagaimana dengan anda, adakah PlayStation 4 masih menjadi sasaran pembelian anda pada tahun ini?

Sohor Kini