Warcraft III: Reforged dilancarkan secara rasmi minggu lepas, di mana ianya adalah permainan pernambah-baikkan berdasarkan Warcraft III pada 2002 lepas di PC.
Dukacitanya, permainan tersebut dilancarkan dengan pelbagai kandungan yang dibuang dan hasil pernambah-baikkan yang dilakukan juga sangat mengecewakan termasuklah masalah teknikal, sekaligus membuatkan ramai peminat membuat aduan dan pembayaran semula.
Oleh atas sebab demikian, Blizzard kini akhirnya memudahkan fungsi pembayaran semula secara terus melalui pautan khas di Battle.net. Fungsi ini juga akan terus membuat pembayaran semula tanpa mengira jumlah jam yang telah pun pemain bermain dan berdasarkan laporan Polygon, ramai pengguna juga telah menggunakan fungsi tersebut tanpa sebarang masalah.
Semestinya perkara ini sangat mengecewakan, terutamanya ianya adalah berdasarkan permainan klasik yang sangat terkenal beberapa tahun lepas, terutamanya bagaimana permainan Dota terlahir. Selain itu, permainan ini juga mendapat nilai markah pemain serendah 0.5 di Metacritic.
Bagi anda yang mempunyai permainan ini dan ingin membuat pembayaran semula, anda boleh berbuat demikian di pautan khas ini.