Siri The Sims semestinya adalah permainan simulasi kehidupan yang yang sangat terkenal dan permainan terkini mereka iaitu The Sims 4 sering sekali dikemaskini dengan pelbagai kandungan sejak pelancarannya pada 2014 lepas.

Terkini, Andrew Wilson iaitu ketua pegawai eksekutif berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaan permainan seterusnya buat siri tersebut ketika pembentangan perbelanjaan baru-baru ini.

Menurut beliau, untuk permainan The Sims seterusnya, mereka semestinya berminat dengan bentuk rentas-platform dengan dunia atas-talian berjiran antara satu sama lain. Namun beliau juga menyatakan bahawa ianya akan mengekalkan elemen asal The Sims, tetapi akan masih menyertakan bentuk interaksi sosial dan kompetitif.

Dari segi aspek kompetitif, ianya tidak semestinya bentuk kompetitif antara pemain, namun mereka menyatakan ianya akan lebih memfokuskan bagaimana kandungan dan watak yang dihasilkan oleh pemain di dalam dunia The Sims tersebut.

Semestinya ini tidak bermakna EA mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan permainan The Sims 5, meskipun begitu sekurang-kurang ianya kelihatan EA mungkin akan memfokuskan elemen atas-talian untuk permainan The Sims seterusnya yang membenarkan pemain berinteraksi bersama pemain lain , seakan The Sims Online yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini.

Sohor Kini