Skip to main content

Newzoo iaitu penganalisa pasaran mengeluarkan satu laporan yang memfokuskan industri permainan video di Malaysia dan ia telah memperlihatkan pelbagai informasi menarik.

Berdasarkan laporan tersebut terdapat 20.1 juta pemain permainan video di Malaysia dan mereka telah berbelanja sebanyak $673 juta (RM2.7 bilion) sepanjang tahun 2019 menjadikan Malaysia sebagai salah satu pasaran utama di Asia Tenggara.

Mengikut kaji selidik yang memfokuskan rakyat Malaysia berumur 10 hingga 50 tahun, kebanyakan daripada mereka merupakan pemain permainan video dan berikut adalah pecahan mengikut platform;

  • 75% bermain permainan mudah alih
  • 66% bermain permainan di PC
  • 55% bermain permainan di konsol

Manakala bagi pecahan mengikut jantina pula ia memperlihatkan pembahagian yang seimbang terutama untuk permainan mudah alih.

Laporan itu juga mengatakan yang 87% daripada perbelanjaan adalah untuk membeli barangan di dalam permainan dan paling popular adalah barangan yang meningkatkan kuasa (power-ups).

Permainan paling popular di Malaysia adalah siri permainan Candy Crush, iaitu 50% bermain Candy Crush Saga dan 46% bermain Candy Crush Soda Saga.

Genre paling popular di kalangan rakyat Malaysia pula adalah strategi di mana permainan utama adalah Mobile Legends: Bang Bang iaitu 35% pemain di Malaysia bermain permainan tersebut pada 6 bulan lepas.

Leave a Reply