Kemaskini: Permainan ini telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia pada 6 Februari 2020. Ianya boleh dibeli di PSN Store dengan harga bermula RM228.

Artikel Asal: Sebelum ini kami berkongsi yang mana XSEED Games akan melancarkan permainan perlawanan Granblue Fantasy: Versus di konsol PlayStation pada Februari ini bagi pasaran Jepun. Terkini, XSEED Games akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran permainan tersebut bagi pasaran global di mana ianya bakal tiba 3 Mac 2020 ini.

Granblue Fantasy: Versus merupakan permainan perlawanan oleh Arc System Works dan CyGames yang mana ianya adalah berdasarkan siri JRPG terkenal iaitu Granblue Fantasy. Sebelum ini, kami juga melaporkan yang mana permainan ini akan menyertakan kandungan dan bentuk RPG yang dihasilkan secara khas dengan kandungan penceritaannya sendiri.

Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan sokongan dwi-bahasa untuk suara latar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Ianya juga akan menyertakan pelbagai mod atas-talian secara koperasi dengan pelbagai jenis watak.

Bagi anda yang berminat, XSEED Games juga berkongsi beberapa versi yang pemain boleh dapatkan seperti edisi digital, fizikal dan juga pas musim bersama-sama kandungan lain.

Sohor Kini