Minggu ini Epic Games Store menawarkan Farming Simulator 19 sebagai permainan percuma sehingga 7 Februari sebelum digantikan dengan tiga permainan iaitu Carcassonne, Ticket to Ride, dan Pandemic.

Hari ini, Epic Games Store mengatakan yang Pandemic tidak lagi ditawarkan secara percuma 7 Februari ini.

Pandemic adalah permainan video berdasarkan permainan papan berjudul sama. Ia adalah mengenai wabak yang telah tersebar, dan pemain bersama dengan rakan perlu bekerjasama untuk mencari vaksin.

Epic Games Store tidak mengatakan sebab mengapa ia tidak lagi ditawarkan akan tetapi mengesahkan yang ia akan ditawarkan secara percuma pada waktu yang lain dan kami menjangkakan ia adalah kerana untuk tidak mengambil kesempatan ke atas wabak koronavirus yang menjadi kerisauan global sekarang.

Dua lai permainan yang juga adalah berdasarkan permainan papan iaitu Carcossonne dan Ticket to Ride akan terus ditawarkan seperti biasa.

Sohor Kini