Skip to main content

Wales Interactive minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan Soul Axiom di konsol Switch dan juga di PC melalui Steam sebagai permainan pernambah-baikkan.

Permainan ini asalnya dilancarkan di Wii U beberapa tahun lepas dan kini ianya disahkan bakal tiba sekitar 27 Februari 2020 ini dan menyertakan beberapa pernaik-tarafan.

Antara pernaik-tarafan yang diumumkan adalah sokongan alat kawalan JoyCon dengan kawalan pergerakkan, peringkat permainan baharu dan sistem kejayaan baharu. Selain itu, mereka juga menyertakan pelbagai pernaik-tarafan lain dari segi keseimbangan permainan dan menarik sekali bagi versi Steam, mereka akan sertakan bersama kandungan digital muzik latar dan buku karya secara bersama.

Soul Axiom merupakan permainan penembak pandang pertama tekaria yang memfokuskan pelbagai peringkat permainan. Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang hujung bulan ini.

Leave a Reply