Skip to main content

Platinum Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan Wonderful 101 ke konsol generasi kini melalui kempen biayasama di Kickstarter.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Wonderful 101, ianya adalah satu permainan aksi adiwira oleh Platinum Games yang dilancarkan pada 2013 lepas di konsol Wii U. Kali ini, untuk melancarkannya semula di konsol seperti Switch, PlayStation 4 dan juga PC, mereka memerlukan dana orang ramai, atas sebab ianya akan diterbitkan oleh mereka sendiri.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video khas di bawah.

Ketika artikel ini ditulis, kempen ini telah pun mencapai sasaran matlamat mereka iaitu lebih dari $50,000 yang mana kini ianya sudah pun menghampiri $700,000 dengan lebih dari 10,000 penyokong.

Ini sekaligus sasaran untuk pelancaran permainan ini di konsol Switch, PC dan juga PlayStation 4 telah tercapai. Kini sasaran seterusnya pula adalah untuk beberapa kandungan tambahan untuk permainan tersebut. Dengan mempunyai lebih dari sebulan lagi sebelum kempen ini tamat, ianya pasti akan mencapai sasaran lain.

Seperti biasa, bagi anda yang menyokong permainan ini, ianya mempunyai beberapa peringkat yang anda boleh sumbangkan dengan beberapa ganjaran seperti rantai kekunci, cakera muzik latar dan sebagainya. Menariknya juga bagi sumbangan sekitar RM400 ke atas, anda juga berpeluang untuk diblok oleh Hideki Kamiya, di Twitter.

Dari segi tarikh pelancaran, mereka menyasarkan permainan ini akan dilancarkan sekitar April 2020 ini. Bagi anda yang ingin membantu Platinum Games, anda boleh ke laman Kickstarter rasmi di bawah.

[info] Layari Kickstarter: Wonderful 101: Remastered [/info]

Leave a Reply