Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Shonen Jump kini akhirnya melancarkan komik atau manga baharu Death Note secara rasmi di mana ianya bertempatkan beberapa tahun selepas kejadian pengakhiran di dalam siri Death Note yang tamat lebih dari 10 tahun lepas.
Kali ini, Ryuk kembali membawa buku nota “Death Note” di alam manusia dan memberinya kepada calon “Kira” baharu iaitu Minoru Tanaka. Semestinya manga ini dihasilkan oleh pencipta siri Death Note sendiri iaitu Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata di mana ia mempunyai sekitar 87 muka surat sahaja. Sekaligus ini hanyalah satu penceritaan solo sahaja tanpa sebarang sambungan.
Kami sendiri di Aksiz juga telah membacanya dan boleh katakan ianya adalah satu “arah” baru yang menarik untuk siri Death Note dan menariknya juga, watak-watak lama seperti Near dan pasukan penyiasat polis khas dari Jepun juga kembali.
Bagi anda yang berminat untuk membacanya, ianya boleh dibaca secara percuma melalui laman Shueisha di bawah secara percuma oleh Shonen Jump sendiri.
[info] Layari – Death Note: Special One-Shot [/info]