Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Mobile Legends Professional League Bermula 7 Februari Ini – Menawarkan Hadiah Terkumpul RM410 Ribu

Kejohanan Mobile Legends Professional League Bermula 7 Februari Ini – Menawarkan Hadiah Terkumpul RM410 Ribu

Diterbitkan pada Feb 3, 2020 oleh .

Moonton mengumumkan yang kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia dan Singapura kembali untuk musim ke-5 di mana kali ini ia menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM410 ribu.

Pendaftaran untuk pusingan kelayakan sudah berkahir, dan ia akan bermula pada 7 hingga 9 Februari untuk Malaysia dan 15 hingga 16 Februari untuk Singapura. 2 pasukan dari Malaysia dan 3 dari Singapura, akan melayakkan diri ke pusingan akhir.

Pusingan akhir akan bermula pada 29 Februari yang akan memperlihatkan 10 pasukan, 5 secara jemputan terus, dan 5 daripada pusingan kelayakan bertanding selama 6 minggu melalui format “round robin”. 8 pasukan terbaik daripada pusingan ini, akan melayakkan diri ke pusingan playoff yang akan berlangsung pada 18 hingga 19 April 2020.

5 pasukan yang dijemput terus adalah;

  • EVOS Esports SG
  • Todak
  • Axis Esports
  • Geek Fam
  • Team Bosskurr

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh layari laman FB rasmi mereka; https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/ ataupun melalui permainan Mobile Legends: Bang Bang.


TIPS & ULASAN