Fire Emblem Heroes adalah permainan yang menjadi penyumbang utama kewangan bagi Nintendo untuk permainan mudah alih dan tampaknya kini mereka bakal menyediakan satu perkhidmatan yang akan menambah lagi sumbangan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=POoIZWjHA-g

Melalui FeH Channel, Nintendo mengumumkan FeH Pass iaitu perkhidmatan langganan bulanan untuk permainan tersebut. Ia ditawarkan dengan harga $9.49 (RM40) sebulan dan menawarkan 5 kelebihan iaitu;

  • 2 Hero (versi Resplendent) yang mempunyai pakaian tersendiri dan juga +2 untuk semua kebolehan.
    • Untuk bulan Februari dua hero yang diberikan adalah Lyn yang tiba bermula pada 5 Februari manakala Cordelia yang tiba mula pada 24 Februari.
    • Manakala bermula Mac, ia akan tiba pada 10 dan 25 hari-bulan setiap bulan.
  • Special FeH Pass Quests – pemain akan mendapat misi khas untuk memperoleh pelbagai ganjaran, ia akan hadir dua kali sebulan.
  • Expanded Summoner Support – pelanggan akan dapat meletakkan 3 hero bersama untuk summoner support berbanding satu watak.
  • Re-Act – Semasa bermain, pelanggan boleh kembali ke pusingan sebelum walaupun sudah di skrin “game over”.
  • Auto-Start – pelanggan boleh bermain Training Tower, Tempest Trials+, dan Forging Bonds, sebanyak yang mungkin selagi ada Staminda secara automatik.

Perkara yang disertakan adalah sangat menarik, dan akan membantu pemain untuk memudahkan lagi bermain, tetapi mungkin beberapa fungis yang disertakan sepatutnya tidak diletak di bahagian langganan bulanan.

Sohor Kini