Skip to main content

Disember lepas, Motion Twin dan Evil Empire telah mengumumkan yang Dead Cells bakal menerima DLC berbayar iaitu The Bad Seed. Mereka akhirnya mengumumkan yang ia akan tiba pada 11 Februari 2020.

Seperti diumumkan sebelum ini ia akan menyertakan dua kawasan baharu yang mempunyai lawan tersendiri. Ia juga akan memberikan pemain pelbagai ganjaran seperti senjata dan perisai baharu, antaranya yang mempunyai 2 tempat untuk senjata.

DLC ini akan ditawarkan dengan harga $4.99 (RM20.50). Dead Cells sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga iOS.

Leave a Reply