Bagi yang sering bermain permainan oleh Hideo Kojima mesti menyedari yang beliau suka meletakkan adegan untuk pelbagai kejadian di dalam permainan.
Di dalam Death Stranding, setiap kali pemain memasuki kawasan yang mempunyai Beach Things (BT), satu adegan akan disertakan, ia mungkin menarik untuk pertama kali, tetapi apabila ia terlalu kerap, ia menjengkelkan. Tambahan lagi jika anda sedang memandu kenderaan.
Kojima Productions melalui Twitter mengumumkan kemaskini terbaru untuk permainan tersebut, akan menyertakan tetapan untuk membolehkan pemain langkau adegan tersebut.
Ia adalah penambahan yang kecil tetapi sangat berguna terutama pemain yang ingin bermain untuk melengkapkan permainan selepas menghabiskan penceritaan.
Death Stranding sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan akan tiba di PC pada tahun ini.