Skip to main content

Final Fantasy VII Remake malangnya telah ditunda ke sebulan lebih lambat, akan tetapi Square Enix hari ini berkongsi satu trailer yang mungkin dapat mengurangkan (atau mungkin menambah) “kesakitan” menanti untuk ia tiba secara rasmi.

Di dalam video acah baharu yang dikongsi, terdapat pelbagai adegan termasuk juga adegan yang sudah semestinya dinanti-nanti oleh ramai pemain. Jika anda tidak pernah bermain Final Fantasy VII sebelum ini, adegan-adegan ini boleh dianggap sebagai beberan, jadi tengoklah dengan risiko anda sendiri.

Kami sertakan video tersebut di bawah.

Antara yang diperlihatkan adalah adegan di mana Cloud terpaksa bertukar menjadi perempuan atas sebab tertentu. Ia adalah satu adegan yang sangat dinantikan terutama kerana ingin melihat Cloud menjadi “perempuan” dengan kualiti grafik yang lebih baik.

Selain itu, diperlihatkan juga Red XIII, Palmer dan Scarlet serta pertempuran melawan Jenova.

Final Fantasy VII Remake akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 10 April 2020.

Leave a Reply