Semasa pengumuman prestasi kewangan untuk suku ketiga buat Nintendo, Presiden Nintendo Shuntaro Furukawa mengatakan yang mereka tidak merancang untuk mengeluarkan model konsol switch baharu sepanjang tahun 2020.
Namun, Nintendo akan terus mengeluarkan rekaan berlainan berdasarkan pelbagai tema, seperti Animal Crossing: New Horizons yang baru sahaja diumumkan.
Pada awal tahun lepas, Wall Street Journal telah melaporkan yang Nintendo akan mengeluarkan dua model baharu pada tahun lepas, yang seperti kita sedia maklum adalah Switch Lite serta Switch model baharu dengan peningkatan ketahanan bateri.
Selain itu, ada juga ura-ura yang mengatakan Nintendo akan mengeluarkan Switch Pro yang akan mempunyai spesifikasi lebih tinggi, terutama untuk “bersaing” dengan PlayStation 5 dan Xbox Series X.