Farming Simulator 19 Ditawarkan Percuma Melalui Epic Games Store

Seperti yang diumumkan minggu lepas, bermula tengah malam semalam, Epic Games Store kini menawarkan secara percuma permainan Farming Simulator 19.

Farming Simulator 19 seperti judulnya merupakan permainan simulasi berladang, ia dibangunkan oleh Giants Software dan telah dikeluarkan sejak tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Ia ditawarkan percuma bermula sekarang sehingga 14 Februari 2020. Di mana, selepas itu Epic Games Store akan menawarkan 3 permainan secara percuma iaitu Carcassonne, Ticket to Ride, dan Pandemic.

Epic Games Store: Farming Simulator 19

Sohor Kini