Nintendo hari ini mengumumkan serta memperlihatkan konsol Nintendo Switch bertemakan permainan Animal Crossing: New Horizons yang akan dikeluarkan di pasaran pada 13 Mac 2020.

Ia menyertakan joycon yang berwarna hijau dan biru limbut bersama badang berwarna krim. Manakala dok dihias dengan tiga Tom Nook berada di atas pulau, belakang konsol pula mempunyai corak alam sekitar yang sudah menjadi kebiasaan untuk Animal Crossing.
Konsol ini akan dipasarkan dengan harga $299 (RM1222) iaitu harga biasa untuk Nintendo Switch. Namun, ia tidak akan menyertakan permainan Animal Crossing: New Horizons yang akan dikeluarkan seminggu kemudian iaitu 20 Mac 2020.