Sekejap sahaja bulan Januari sudah berakhir. Kini bermulalah bulan Februari 2020, yang mana Februari tahun ini adalah tahun lompat – kerana kita akan bertemu tarikh 29 Februari pada tahun ini. Baru-baru ini, Netflix telah umumkan senarai penuh bagi filem dan siri TV yang akan disiarkan di platform penstriman ini.
Antara siri TV yang saya nanti-nantikan adalah Altered Carbon musim kedua. Ia pertama kali disiarkan pada tahun 2018 dan sudah dua tahun sejak musim pertama disiarkan. Ia adalah siri TV yang berada di masa hadapan dan mengisahkan manusia yang boleh memindahkan kesedaran ke dalam badan lain atau mesin. Musim kedua akan memfokuskan misteri di sebalik kekasih lama Takeshi, Quellcrist Falconer.
Kemudian, akhirnya filem Pokémon: Mewtwo Strikes Back – Evolution akan disiarkan di Netflix. Sudah berbulan-bulan lamanya sejak ia ditayangkan di Jepun dan langsung tidak hadir ke pasaran tempatan adalah mengecewakan. Ia adalah filem yang sama pada tahun 1998, cuma ia tela diubah dalam format 3D CGI. Walaupun saya tidak mengikuti siri Pokémon, filem ini membuatkan saya tidak sabar untuk menontonnya.
Filem lain yang saya nantikan di Netflix adalah Deadpool. Ya, saya sudah berulang kali menontonnya. Tetapi jika di Netflix, pasti tiada sebarang suntingan yang memotong bahagian-bahagian yang ganas dan ngeri. Jadi, saya tidak sabar untuk menantikannya.
Terdapat banyak lagi siri TV, dokumentari, rancangan TV, animasi dan filem bakal disiarkan pada bulan Februari. Malah senarai yang kami terima untuk bulan ini dilihat lebih banyak dari bulan lepas. Berikut adalah senarainya;
Tom Papa: You’re Doing Great! – Komediri, Netflix Stand-Up
A Quiet Place – Filem
Love For Sale 2 – Filem
The Chef Show: Volume 3 – Rancangan TV, Netflix Series
Spectros – Siri TV, Netflix Series
I Am Not Okay With This – Siri TV, Netflix Series
Taj Mahal 1989 – Siri TV, Netflix Series
Ini mungkin adalah senarai akhir bagi bulan Februari ini. Jika anda lihat, terlampau banyak rancangan, drama, filem dan banyak lagi hadir ke Netflix. Saya sendiri dalam dilema, yang mana satukah yang ingin saya tonton. Terdapat juga pelbagai K-Drama, siri dokumentari yang ngeri seperti kisah pembunuhan, filem-filem klasik seperti Titanic dan pelbagai filem anime/animasi dari Studio Ghibli.
Kemudian, bagi peminat permainan video Dragon Quest – bulan Februari adalah bulan anda. Ini kerana siri animasi Dragon Quest Your Story turut akan disiarkan. Ia mengisahkan Luca yang mengikut jejak langkah bapanya untuk menyelamatkan ibunya dari penjahat Ladja. Beliau kemudian perlu mencari pedang Zenithian bagi menjadi adiwira.
Meskipun begitu, buat anda yang suka menonton di Netflix dan “Chill”, semestinya ini adalah senarai yang banyak dan pasti akan memenuhi segala pilihan siri atau filem anda.
Bagi anda yang masih belum melanggan servis penstriman Netflix, ianya boleh dilanggan dengan harga bermula RM17 untuk pakej telefon pintar. Informasi lanjut boleh di akses di laman rasmi Netflix.