Informasi Permainan Video Terkini
eGG Network Akan Menyiarkan Kejohanan Piala Presiden Esports 2020

eGG Network Akan Menyiarkan Kejohanan Piala Presiden Esports 2020

Diterbitkan pada Jan 31, 2020 oleh .

eGG Network minggu ini mengumumkan yang mereka adalah penyiar rasmi untuk kejohanan Piala Presiden Esports 2020 yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Februari ini di Jakarta, Indonesia. Ia akan menyertakan pasukan dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja.

Dua permainan yang dipertandingkan adalah Garena Free Fire dan eFootball PES 2020 yang membawa hadiah terkumpul sebanyak 1.5 bilion Rupiah ataupun lebih kurang RM448 ribu.

Mewakili Malaysia adalah pasuk Argon dan High Quality untuk Garena Free Fire dan Norhaikal bersama dengan Syah Ali untuk eFootball PES 2020.

Jika anda berminat, anda boleh menonton kejohanan ini melalui saluran eGG Network iaitu di Astro CH800. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://egg.network/.


TIPS & ULASAN