Dota Underlords Akan Dikeluarkan Secara Penuh Pada Februari Ini

Valve hari ini mengumumkan yang permainan autobattler mereka Dota Underloards yang buat masa ini masih di peringkat akses awal akan dikeluarkan secara penuh pada 25 Februari 2020 di Steam, App Store dan Play Store.

Bersempena dengannya, musim pertama untuk permainan tersebut di mana ia akan menyertakan Battlepass yang penuh, kandungan serta hero baharu.

Selain itu, mereka juga mengumumkan maklumat lanjut mengenai musim pertama akan dikongsi tidak lama lagi.

Sohor Kini