The Outer Worlds Untuk Switch Akan Tiba Mac Ini

Obsidian hari ini mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan mereka iaitu The Outer Worlds akan dikeluarkan di Switch pada 6 Mac 2020 selepas dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada Oktober tahun lepas.

Ia akan ditawarkan dengan harga $59.99 (RM245) melalui Nintendo eShop, Obsidian juga mengumumkan yang ia akan menerima versi fizikal, namun tidak akan disertakan kartrij sebaliknya akan dapat kod untuk memuat turun permainan secara digital.

Bagi yang inginkan permainan seakan Fallout di konsol Switch, ini adalah permainan terdekat yang anda boleh dapatkan.

Sohor Kini