Skip to main content

Nintendo hari berkongsi prestasi kewangan untuk suku ketiga buat tahun fiskal 2019-2020, di mana mereka mengumumkan yang konsol Nintendo Switch telah terjual sebanyak 52.48 juta unit setakat Disember 2019, iaitu peningkatan sebanyak 10.81 juta unit berbanding September lepas.

Daripada 10.81 juta unit jumlah konsol Nintendo Switch yang terjual sepanjang bulan Oktober sehingga Disember, 3.24 juta unit adalah untuk Switch Lite dan selebihnya adalah Switch biasa.

Untuk permainan pula, Pokémon Sword & Shield yang baru sahaja dikeluarkan pada November tahun lepas, telah menjadi permainan kelima paling laris untuk Nintendo Switch (permainan pihak pertama), dengan jumlah jualan sebanyak 16.06 juta unit setakat Disember 2020.

Luigi’s Mansion 3 yang dikeluarkan pada bulan Oktober pula telah terjual sebanyak 5.37 juta unit, iaitu 10 paling laris untuk permainan pihak pertama.

Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk Nintendo bagi musim cuti tahun lepas.

Leave a Reply