Skip to main content

Overwatch League 2020 merupakan kejohanan yang buat pertama kalinya mempunyai perlawanan di laman sendiri, di mana setiap pasukan akan melakukan perlawanan di beberapa negara iaitu tempat pasukan-pasukan berada.

Bagi mengelakkan sebarang implikasi kerana wabak Koronavirus, Blizzard telah mengumumkan kesemua perlawanan di China pada bulan Februari dan Mac akan dibatalkan. Berikut adalah tarikh perlawanan yang dibatalkan;

  • 15 – 16 Februari (tuan rumah: Shanghai Dragons)
  • 22 -23 Februari (tuan rumah: Guangzhou Charge)
  • 29 – 1 Mac (tuan rumah: Hangzhou Spark)
  • 14 – 15 Mac (tuan rumah: Guangzhou Charge)
  • 21 – 22 Mac (tuan rumah: Guangzhou Charge)

Sebaliknya, perlawanan tersebut akan berlangsung secara dalam talian dan akan di strim secara langsung. Namun, buat masa ini maklumat lanjut mengenainya tidak diumumkan lagi. Bagi yang sudah membeli tiket untuk perlawanan tersebut, proses pemulangan bayaran akan dilakukan.

Selain itu, pasukan Shanghai Dragons dan Guangzhou Charge juga mengumumkan yang mereka berpindah buat sementara waktu ke Korea Selatan.

Leave a Reply