Bungie hari ini mengumumkan kerjasama bersama dengan Twitch Prime untuk menawarkan ganjaran barangan di dalam permainan buat permainan mereka iaitu Destiny 2.

Antara barangan yang diberikan adalah SUROS Regime, Coup de Main Ornament, Skyline Flipside Exotic Ghost Shell dan OUTCRY Exotic Ship. Ia akan tiba secara perberingkat bermula 28 Januari sehingga 25 Februari.
Jika anda merupakan pelanggan untuk Twitch Prime, anda boleh menyambungkan akaun Destiny 2 dengan Twitch Prime melalui laman ini. Jika anda bukan pelanggan anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan harga langganan adalah $2.99 (RM12) sebulan untuk 6 bulan dan $5.99 (RM24) sebulan untuk bulan-bulan seterusnya.
Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.