Skip to main content

Mages Inc minggu ini mengumumkan Skydance Television akan menerbitkan siri TV berdasarkan siri Steins;Gate. Steins;Gate merupakan permainan novel visual sebahagian daripada siri Science Adventure yang dibangunkan serta diterbitkan oleh 5pb/Mages Inc.

Ia juga sebelum ini telah menerima filem aksi nyata (versi Jepun), siri anime dan manga.

Skydance Television pula adalah sebahagian daripada Skydance Media yang memfokuskan penerbitan siri TV. Mereka sebelum ini bertanggungjawab membawa siri seperti Altered Carbon, Jack Ryan dan Condor.

Buat masa ini masih tiada maklumat lanjut mengenai siri ini, akan tetapi kami sudah semestinya tidak sabar untuk melihat pelakon-pelakon yang akan membintangi siri ini.

Leave a Reply