Bagi anda yang masih lagi bermain permainan Code Vein yang dilancarkan tahun lepas, anda mungkin berminat untuk dapatkan DLC pertama yang mana kini akhirnya tiba iaitu Hellfire Knight di konsol dan PC.
Menurut Bandai Namco, DLC ini akan meneyrtakan penceritaan sampingan buat permainan tersebut disamping ketua musuh baharu iaitu Hellfire Knight. Selain itu, mereka juga mengesahkan pemain berupaya untuk mendapatkan senjata dan kostum baharu di mana lokasi baharu untuk pemain terokai The Fiery Oblivion yang menyertakan pelbagai cabaran dan musuh baharu buat pemain.
Bagi anda yang berminat, DLC Hellfire Knight ini boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM40 di PSN Store. Namun, bagi anda yang mempunyai pas musim ataupun edisi Deluxe buat permainan Code Vein, ianya juga kan disertakan secara bersama.
Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, DLC seterusnya buat permainan tersebut akan tiba bulan Februari ini diikuti bulan Mac untuk DLC ketiga.
Code Vein telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.