Jika anda sedang mencari konsol PlayStation 4 ataupun PlayStation 4 Pro, Sony mengumumkan mereka akan menawarkan potongan harga untuk berkas Parti bagi dua konsol tersebut bersempena Tahun Baharu Cina.

Berkas parti selain menawarkan konsol, ia juga akan menyertakan permainan FIFA 20 dan Crash Team Racing Nitro Fueled. Melalui promosi ini, berkas Parti untuk PS4 ditawarkan dengan harga RM1099 berbanding harga asal RM1499. Manakala untuk PS4 Pro ditawarkan dengan harga RM1549 berbanding harga asal RM1899. Kedua-dua berkas tersebut juga akan menyertakan 2 alat kawalan DualShock 4(DS4)
Selain itu, DS4 untuk warna tertentu juga ditawarkan dengan RM179 berbanding RM239 harga asal. Promosi ini bermula pada 31 Januari 2020 sehingga 9 Februari 2020.