Walaupun Battlefield V telah dilancarkan hampir 2 tahun lepas, EA dan DIC tampaknya masih akan terus menyokong permainan ini dengan kandungan baharu di mana hari ini mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi bab 6 “Into The Jungle” akan tiba pada 6 Februari 2020 buat semua platform permainan tersebut.
Battlefield V “Into The Jungle” akan memfokuskan perang pasifik antara Amerika dan Jepun di mana lokasi pulau Solomon dengan persekitaran tropik berhutan yang lebih mencabar.
Seperti biasa, dengan setiap pengenalan kandungan bab baharu, EA akan meneyrtakan beberapa senjata baharu dan antaranya adalah Type 11 LMG, Model 37 Shotgun, M2 Carbine dan M1A1 Bazooka. Selain itu dari segi gajet, pemain juga akan diperkenalkan senjata Lunge Mine yang mana satu gajet yang sangat unik untuk bertempur dengan kereta kebal musuh.
Dari segi watak Elites, EA kali ini memperkenalkan 3 watak baharu yang pemain boleh dapatkan iaitu Misaki Yamashiro, Steve Fisher dan Akira Sakamoto.
Selain itu, EA juga berkongsi pelbagai informasi lanjut berkenaan peta tersebut yang anda boleh baca melalui laman rasmi permainan ini.
Battlefield V sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada Oktober tahun lepas. Anda boleh membaca ulasan kami untuk permainan ini melalui pautan berikut โ Ulasan Battlefield V โ Satu Lagi Permainan Peperangan Yang Tidak Lengkap Oleh EA.