Ubisoft hari ini berkongsi video acah untuk episod ke-3 buat DLC penceritaan bagi permainan The Division 2, di mana ia akan membawa pemain kembali ke New York iaitu di Pulau Coney. New York merupakan kawasan di dalam The Division sebelum The Division 2 membawa pemain ke Washington.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Ini merupakan episod ke-3 dan terakhir untuk DLC penceritaan bagi musim pertama kandungan pasca-pelancaran untuk permainan ini. Episod pertama memerlukan pemain untuk membunuh Emeline Shaw iaitu ketua Outcast dan episod ke-2 pula bertempur dengan Black Tusk yang sedang bertapak di Pentagon.

Di dalam episod ke-3 pula, tampaknya pemain akan terus bertempur dengan Black Tusk untuk menyelamatkan seorang doktor yang dikatakan mempunyai maklumat mengenai virus Green Poison yang menjadi punca kemusnahan Amerika Syarikat.

Episod ini akan tiba pada awal Februari dan bagi pemilik pas semusim dapat mengaksesnya seminggu lebih awal. The Division 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ulasan kami untuknya boleh dibaca melalui pautan ini.

Sohor Kini