Informasi Permainan Video Terkini
Warner Bros Mengumumkan Barisan Pelakon Untuk Filem The Batman – Robert Pattinson, Zoe Kravitz, Andy Serkis Dan Colin Farrell

Warner Bros Mengumumkan Barisan Pelakon Untuk Filem The Batman – Robert Pattinson, Zoe Kravitz, Andy Serkis Dan Colin Farrell

Diterbitkan pada Jan 29, 2020 oleh .

Warner Bros hari ini mengumumkan yang penggambaran filem The Batman kini bermula yang diarahkan oleh Matt Reeves serta Robert Pattinson akan menjadi Bruce Wayne dan juga Batman.

Selain itu, mereka juga mengumumkan senarai pelakon lain iaitu;

  • Zoe Kravitz – Selina Kyle
  • Paul Dano – Edward Nashton
  • Jeffrey Wright – James Gordon
  • John Turturro – Carmine Falcone
  • Peter Sarsgaard – Gil Colson (peguam Gotham)
  • Jayme Lawson – Bella Real (calon untuk Datuk Bandar)
  • Andy Serkis – Alfred
  • Colin Farrell – Oswald Connlepot

Manakala Reeves dan Dylan Clark akan menjadi penerbit bersama dengan Simon Emanuel, Michael E. Uslan, Walter Hamada dam Chantal Nong Bo yang menjadi penerbit eksekutif.

Ben Affleck sebelum ini telah mengesahkan yang Batman di dalam filem ini adalah lebih muda berbanding watak yang di bawa oleh beliau. Filem ini dijangka akan mula tayangan pada 25 Jun 2021.


TIPS & ULASAN