Skip to main content

Sekuel francais filem Fast & Furious kelapan berjudul The Fate of the Furious ditayangkan pada tahun 2017. Kita semua sudah tahu yang ia tidak akan berakhir disitu dan akan diteruskan sehingga filem ke sepuluh. Sudah tiga tahun berlalu untuk filem kelapan dan kini giliran filem kesembilan untuk beraksi di pawagam.

Premis filem ini dan sinopsis masih belum kita tahu, tetapi ada kemungkinan besar pasukan Fast & Furious akan meneruskan memburu penjahat bernama Cypher. Terdapat ahli baru dalam pasukan mereka, iaitu lakonan John Cena yang wataknya masih menjadi misteri lagi. Kemudian judul filem kali ini adalah Fast & Furious 9: The Fast Saga, atau hanya F9 menurut Universal Pictures.

Video acah akan dipertontonkan pada hari Jumaat ini, 31/1/2020. Filem ini pula akan ditayangkan pada 21 Mei 2020. Filem Fast 9 akan mengekalkan pelbagai pelakon asal dan turut mempunyai pelakon lain menyertai mereka; Vin Diesel, Charlize Theron, Michelle Rodriguez, Helen Mirren, Jordana Brewster, Ludacris, Tyrese Gibson, Nathalie Emmanuel, Lucas Black, John Cena, Michael Rooker, Cardi B, and Finn Cole dan diarahkan oleh Justin Lin.

Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply