Seperti anda sedia maklum, permainan perlawanan berdasarkan siri anime One Punch Man akhirnya bakal tiba penghujung bulan depan iaitu pada 28 Februari 2020 ini di konsol Xbox One, PlayStation 4 dan di PC melalui Steam.
Dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir, hari ini Bandai Namco berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan dua watak adiwiwra berkelas A iaitu Spring Mustachio dan Sweet Mask bersama-sama dengan watak adiwira Child Emperoror yang berkelaskan S.
Bagi anda yang mengikuti siri One Punch Man, anda pasti mengetahui ketiga-tiga watka tersebut yang mana mereka merupakan salah seorang daripada watak sampingan berdasarkan siri One Punch Man, yang jarang sekali diperlihatkan bentuk perlawanan mereka.
Sekaligus dengan tibanya permainan ini, peminat siri tersebut bukan sahaja berupaya untuk melihat mereka beraksi, malah berupaya untuk menggunakan mereka ketika bertempur. Selain itu, anda juga boleh video acah di bawah yang memperlihatkan watak Tank-Top Tiger, Tank-Top Black Hole dan Metal Bat.
Bandai Namco juga sebelum ini berkongsi beberapa video lain seperti video pembukaan permainan, yang mana pasti mengingatkan kami atas video pembukaan siri anime One Punch Man.
One Punc Man: A Hero Nobody Knows akan dilancarkan pada 28 Februari 2020 ini dan ianya sudah boleh dipra-tempah dengan pelbagai ganjaran bosus untuk pra-tempahan awal.