Skydance Interactive hari ini mengesahkan yang mana permainan reliati-maya yang baru sahaja mereka lancarkan di PC iaitu The Walking Dead: Saints & Sinners, akan dilancarkan di PlayStation 4 buat PlayStation VR.
Menurut kenyataan akaun rasmi permainan tersebut di Twitter, pelancaran di PlayStation VR akan tiba sekitar suku kedua tahun ini, diikuti di Oculus Quest sekitar suku keempat tahun ini.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan The Walking Dead: Saint & Sinners, ia memfokuskan lokasi kawasan bandar New Orleans dan pemain perlu mengembara di kawasan tersebut dengan meneruskan hidup dengan bertempur dengan zombi-zombi. Menariknya, berdasar tajuk permainan tersebut, iaitu Saint (Wali) atau Sinner (Pendosa), pemain berupaya untuk membuat pilihan yang baik ataupun buruk untuk meneruskan hidup dan menggerakkan penceritaan permainan.
Sebelum ini, Skydance Interactive juga berkongsi beberapa aspek bentuk permainan yang mana ia akan memfokuskan sebilangan bentuk stamina dan senjata yang di boleh ubahsuai.
The Walking Dead: Saints & Sinners telah pun dilancarkan pada 24 Januari 2020 lepas di PC melalui Steam dan Oculus.