Setelah Ubisoft mengacahkan semalam berkenaan acara kolaborasi Terminator dan permainan Ghost Recon Breakpoint, hari ini mereka akhirnya mengumumkan acara tersebut secara rasmi yang mana ianya bakal bermula secara berperingkat.

Acara pertama buat kolaborasi Terminator ini akan berlangsung hari ini, dengan misi pertama diikuti dengan misi kedua yang akan berlangsung pada 1 Februari 2020 sehinggalah 6 Februari ini sahaja.

Melaluinya, pemain akan bertemu dengan watak baharu yang bernama Rasa Aldwin, di mana beliau dari masa hadapan yang datang ke masa sekarang untuk hentikan pembinaan dan penaklukan Terminator. Pemain kemudian akan bertempur dengan robot Terminator T-800, yang mana dukacitanya tidak langsung mirip dengan pelakon Terminator terkenal iaitu Arnold Schwarzenegger.

Menurut Ubisoft, acara ini akan tiba secara percuma untuk semua pemain di mana bukan sahaja ianya akan menyertakan misi baharu, malah pemain juga bakal menerima pelbagai kandungan baharu seperti kostum, senjata dan juga kenderaan baharu untuk pemain gunakan di dalam permainan.

Bagi anda yang memiliki permainan Ghost Recon Breakpoint, pastikan anda mencuba acara kolaborasi ini bermula hari ini.

Sohor Kini