Dengan bakal tibanya permainan perlawanan My Hero One’s Justice 2 menjelang Mac ini, hari ini Bandai Namco berkongsi satu video acah baharu yang memperlihatkan sebilangan watak-watak baharu yang bakal tiba sebagai watak yang boleh dimainkan.
Antara watak baharu yang diperlihatkan adalah Mina Ashido, Minoru Mineta, Tamaki Amajiki, Nejire Hado dan dari video acah sebelum ini, iaitu watak Deku dengan Full Cowl 100% yang bertempur dengan watak Overhaul.

Bersempena dengan video acah ini, Bandai Namco juga memperlihatkan beberapa kandungan bonus pra-tempah yang mana buat mereka yang membuat pra-tempahan awal, mereka akan mendapat kostum tambahan buat Deku dan juga watak Nomu, Kai Chisaki dan Deku Full Cowling 100% lebih awal.
My Hero One’s Justice 2 akan dilancarkan pada 13 Mac 2020 di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam. Jika anda berminat untuk melihat pelbagai edisi bagi permainan ini, anda boleh merujuk ke artikel kami mengenainya.