Skip to main content

Bleach semestinya merupakan siri manga ataupun anime yang sangat terkenal oleh Kubo Tite di mana ianya mula diterbitkan 2001 lepas di majalah komik Shonen Jump.

Siri anime Bleach tersebut pula dihentikan pada 2012 lepas dan kali terakhir kita menerima sebarang kandungan baharu berdasarkan siri tersebut adalah filem aksi-nyata Bleach dan juga permua Bleach: Immortal Soul.

Terkini, dengan bakal tibanya ulang tahun ke-20 buat siri tersebut tahun hadapan, Shonen Jump mengacahkan bahawa mereka akan membawa kembali Bleach melalui laman rasmi Bleach: Face Again.

Buat masa ini, kami sendiri tidak pasti sama ada ini Bleach: Face Again adalah siri anime ataupun sebarang olahan semula buat siri tersebut.

Berdasarkan laporan CrunchyRoll, informasi lanjut akan diumumkan ketika acara AnimeJapan 2020 menjelang Mac ini dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi.

Leave a Reply