Skip to main content

Setelah melancarkan permainan pernambahan-baikkan Age Of Empires pertama dan Age Of Empires II, Microsoft hari ini tampaknya akan meneruskan pelancaran permainan seterusnya buat siri tersebut iaitu Age Of Empires III: Definitive Edition.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan namun menurut akaun Twitter rasmi Age Of Empires, mereka akan mengadakan sesi beta khas bermula Februari ini. Beta tersebut disahkan akan diuji dengan percubaan bentuk multi-pemain.

Selain daripada pengumuman tersebut, Microsoft tidak berkongsi sama ada senarai versi pernambah-baikkan buat permainan ini. Namun kami percaya, seperti permainan sebelum ini, mereka pasti akan mengemaskini pelbagai bentuk visual yang lebih menarik dengan resolusi tinggi.

November lepas, Microsoft dan Relic Entertainment juga memperlihatkan permainan seterusnya buat siri Age Of Empire, iaitu Age Of Empire IV. Namun dari segi tarikh pelancaran mahupun sebarang informasi lain, ianya tidak dikongsikan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah dan mengikut segala langkah-langkah untuk mendaftar sesi beta tersebut.

[info] Layari: Age Of Empires Indiders [/info]

Leave a Reply