Skip to main content

Dengan pengumuman Digimon Adventure bakal diolah semula dengna filem Digimon Adventure: Last Kizuna sebelum ini, minggu ini Bandai meneruskan berkongsi nostalgia zaman kanak-kanak kita dengan satu video acah khas yang memperlihatkan Digimon di dunia secara aksi-nyata.

Semestinya video acah ini hanyalah sekadar satu video acah berkongsi “Selamat Datang ke Dunia Digimon” sahaja tanpa sebarang pengumuman produk mahupun siri anime baharu. Meskipun begitu, bagi anda yang sering mengumpul Digivice, anda pasti menghargai video acah yang diperlihatkan.

Tambahan itu, video acah ini juga memainkan muzik latar utama buat siri Digimon Adventure iaitu Butter-Fly bersama-sama dengan Omegamon, hasil cantuman WarGreymon dan MetalGarurumon yang mana pasti membuat anda mengenang semua filem Digimon The Movie.

Bagi anda yang ingin menonton video acah tersebut, anda boleh berbuat demikian di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=FPvzjkxVl5U&feature=emb_title

Leave a Reply