Skip to main content

Kejayaan permainan Monster Hunter World di konsol dan PC semestinya membuahkan siri tersebut sebagai satu permainan terlaku oleh Capcom dengan pelbagai kandungan dan pelancaran kandungan.

Terkini, tampaknya Capcom akan meneruskan siri tersebut dengan satu lagi permainan sampingan di peranti telefon pintar iaitu Monster Hunter Riders yang mana ianya bakal tiba di iOS dan Android.

Monster Hunter Riders merupakan permainan percuma yang menyertakan pelbagai kandungan mikro-transaksi. Berdasarkan laporan Gematsu, permua ini akan bertempatkan di Felgia di mana raksasa dan manusia hidup bersama. Seperti Monster Hunter Stories, permainan ini tampaknya memfokuskan pemain untuk menunggang raksasa-raksasa daripada siri Monster Hunter.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan juga, permainan ini kelihatan akan memfokuskan penceritaan dan bentuk pertempuran secara turutan. Pemain juga kelihatan mempunyai pelbagai bentuk pengubah-suaian kelengkapan dan senjata, seperti siri utama Monster Hunter.

Buat masa ini, permua ini akan dilancarkan di pasaran Jepun sahaja. Namun dengan kejayaan siri tersebut dan pelancaran Monster Hunter Stories sebelum ini secara global, kami percaya permainan ini akan dilancarkan secara global pada masa akan datang.

Leave a Reply