Memandangkan 20 Mac 2020 ini adalah tarikh rasmi buat pelancaran dua permainan utama iaitu Doom Eternal dan Animal Crossing: New Horizon, terkini PowerA mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan alat kawalan khas bertemakan kedua-dua permainan tersebut.
Terdapat dua rekaan khas buat Animal Crossing iaitu rekaan Timmy dan Tommy Nook dan K.K. Slider, bersama-sama dengan rekaan Doom Eternal khas.
Seperti anda sedia maklum, PowerA semestinya salah satu pengeluar alat kawalan pihak ketiga yang sangat terkenal buat konsol Nintendo Switch yang mana mereka sebelum ini mengeluarkan pelbagai jenis alat kawalan berdasarkan pelbagai permainan.

Terkini, melalui versi ini, sekali lagi mereka akan menggunakan alat kawalan berdasarkan alat kawalan Enhanced Wireless PowerA Controller sebelum ini, yang mana ianya adalah alat kawalan yang nirwayar dan mempunyai butang tambahan di belakang. Selain itu, alat kawalan ini juga menyokong pergerakkan seperti Switch Pro Controller dan menggunakan bateri AA.
Menurut senarai pra-tempah di Amazon, alat kawalan ini akan dijual dengan harga $49.99(~RM205) setiap satu dan ia bakal tiba pada 10 Mac 2020 ini.
Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di atas, untuk membuat pra-tempahan.