Tahun lepas, Netflix mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali siri Ghost In The Shell sebagai satu siri animasi dengan visual 3D dan kini, video acah pertama buat siri tersebut akhirnya dipertontonkan secara rasmi.

Dengan nama Ghost In The Shell: SAC_2045, siri ini disahkan bakal tiba secara global di Netflix menjelang April 2020 ini.

Ghost In The Shell merupakan siri yang memfokuskan pasukan anti pengganas siber yang terdiri daripada beberapa ahli, dan watak utama siri tersebut adalah Major Motoko Kusanagi, iaitu Cyborg polis.

Melalui Ghost In The Shell: SAC_2045, kali ia akan memfokuskan pada tahun 2045 dan ia boleh dikatakan adalah satu sekuel untuk siri Ghost In The Shell: Stand Alone Complex sebelum ini. Siri ini diarahkan oleh Shinji Aramaki dan Kenji Kamiyama. Menurut laporan, ianya akan menyertakan dua musim dengan sejumlah 24 episod.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, siri ini juga mempunyai watak yang direkakan khas oleh pelukis terkenal Ilya Kuvshinov dan studio produksi yang terlibat adalah Production I.G dan SOLA Digital Arts, iaitu studio yang terlibat dengan siri Anime Netflix Ultraman sebelum ini.

Semestinya visual animasi ini kelihatan menarik dan dengan diarahkan oleh pengarah asal siri Ghost In The Shell: Stand Alone Complex iaitu Kenji Kamiyama, semestinya ia akan jadi satu siri yang dinanti-nantikan oleh peminat Ghost In The Shell.

Sohor Kini