Dengan bakal tibanya hari kekasih tidak lama lagi, anda mungkin berminat untuk hadiahkan teman wanita anda set barang kemas dan ini mungkin adalah jawapan untuk anda.
Square-Enix kini mengumumkan yang mana mereka kini membuka pra-tempahan set barang kemas khas yang dipakaikan oleh Tifa di dalam permainan akan datang, Final Fantasy VII Remake.

Melaluinya, terdapat dua rantai Final Fantasy VII Remake yang sedia untuk dipra-tempah iaitu rantai Bomb dan juga rantai Chocobo. Setiap set rantai tersebut adalah berharga $147.99(~RM605). Menariknya juga, bagi anda yang lebih menyukai subang telinga, subang khas Tifa dari filem Final Fantasy Advent Children juga boleh dipra-tempah dengan harga $99.99(~RM409).
Dukacitanya, ianya tidak kesemua barang kemas tersebut hanya dijual di kedai atas-talian Amerika Syarikat, namun kami percaya jika anda betul-betul ingin membelinya demi cinta, semestinya terdapat cara untuk membelinya melalui ejen penghantar.
Walaupun ketiga-tiga barang kemas tersebut akan dilancarkan sekitar Mei dan Jun ini, kami percaya dengan bakal tibanya hari kekasih bulan hadapan, anda pasti akan menggembirakan teman wanita anda dengan hadiah ini walaupun lewat beberapa bulan.

Di sini kami juga kongsikan gambar rasmi permainan Final Fantasy VII Remake yang jelas memperlihatkan rantai tersebut dipakaikan oleh Tifa di tangan beliau.
Final Fantasy VII Remake bakal tiba di PlayStation 4 pada 10 April 2020 ini.