Skip to main content

Activision Blizzard dan Google minggu ini mengumumkan perjanjian kerjasama untuk beberapa tahun bagi perkhidmatan Google Cloud dan juga Youtube.

Melalui perjanjian tersebut, Activision Blizzard akan menggunkan Google Cloud sebagai storan awan utama untuk penyimpanan data permainan mereka. Selain itu, Youtube pula menjadi laman penstriman rasmi untuk kejohanan esukan bagi permainan Activision Blizzard seperti Overwatch League, Call of Duty League dan Hearthstone.

Overwatch League dan kebanyakan kejohanan Hearthstone sebelum ini menjadikan Twitch sebagai laman penstriman utama.

Di berita yang lain, Overwatch League untuk tahun 2020 buat pertama kalinya akan mempunyai format tuan rumah, di mana pasukan akan bermain di laman sendiri sebagai tuan rumah dan juga bermain di laman lawan. Ia adalah liga esukan pertama yang menggunakan format ini.

Leave a Reply