Oktober lepas, Epic Games melancarkan Fortnite Chapter 2 secara rasmi yang mana ianya merupakan kemaskini terkini buat permainan seburut dengan bentuk permainan dan lokasi kawasan permainan baharu.

Terkini, setelah hampir 4 bulan musim pertama buat bahagian kedua dijalankan, Epic Games akhirnya mengumumkan musim kedua buat permainan ini akan tiba pada 20 Februari 2020 ini.

Buat masa ini, Epic Games masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan kandungan baharu buat musim kedua ini, namun kami percaya mereka akan menyertakan pelbagai kostum baharu bersama-sama dengan pelbagai bentuk dan senjata yang mana pasti akan menarik minat lebih ramai pemain.

Selain itu, Epic Games juga menyatakan bahawa bermula awal Februari ini, mereka juga akan mengemaskini permainan Fortnite dengan kemaskini 11.50 yang mana ianya akan sertakan sistem fizik “Chaos” baharu buat enjin permainan Unreal Engine. Berdasarkan apa yang dilaporkan, sistem tersebut kelihatan akan memperlihatkan bentuk kemusnahan bangunan yang lebih terperinci.

Dengan pengumuman ini, Epic Games juga menyatakan bahawa mereka akan meneruskan pelbagai ganjaran tambahan sepanjang dua minggu akan datang ini untuk pemain habiskan peringkat-peringkat Battle Pass bagi musim pertama ini.

Fortnite adalah permainan pertempuran royale yang dilancarkan beberapa tahun lepas, ianya kini tiba di pelbagai platform termasuklah di konsol, PC dan juga di peranti telefon pintar secara percuma. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh ke pautan ini.

Sohor Kini