Batman: Arkham Knight, iaitu permainan siri Batman Arkham oleh Rocksteady Studios kelihatan masih lagi mendapat sokongan pembangun di mana hari ini mereka mengumumkan kostum khas, Earth 2 Dark Knight akan tiba buat permain tersebut secara percuma.
Menurut Rockstead Studios, kostum tersebut boleh dimuat-turun secara percuma melalui PSN Store khas buat pemain di PlayStation 4 bermula 28 Januari 2020 ini.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Batman Earth 2, iainya adalah siri komik oleh DC yang bermula sekitar tahun 1961 di mana ianya bertempatkan di dunia alternatif di dalam dunia adiwira tersebut.
Semestinya ini bukan pertama kali kostum ini dilancarkan, di mana ianya sebelum adalah terhad buat pasaran Amerika Syarikat sahaja melalui Batman: Arkham Collection dan kini melalui pengumuman ini, ianya akan tiba buat semua pemain secara global.