Filem Aksi-Nyata Uncharted semestinya salah satu filem yang sangat bermasalah oleh Sony di mana sebelum ini, ianya sering sekali mengalami perubahan daripada pengarah akibat beberapa masalah jadual pelakon dan sebagainya.
Terkini, melalui laporan Deadline, filem ini disahkan akan ditunda selama 3 bulan iaitu sehingga 5 Mac 2021 daripada tarikh asalnya iaitu Disember 2020.
Semestinya filem ini masih belum lagi berada di dalam produksi, malah masalah pengarah masih belum lagi diselesaikan dan isu jadual yang bercanggah buat Tom Holland, semestinya ia akan membuatkan filem ini lebih lambat untuk ditayangkan.
Selain itu, berdasarkan laporan Deadline juga, Ruben Fleisher iaitu pengarah filem Zombieland: Double Tap mungkin akan mengarahkan filem ini. Namun buat masa ini, masih belum terdapat pengumuman rasmi berkenaannya.
Seperti yang dilaporkan oleh kami, filem ini akan di terbitkan oleh Atlast Entertainment dan Arad Productions manakala skrip pula akan dihasilkan oleh Rafe Judkins, Art Marcum dan Mat Halloway. Selain itu, Deadline juga mengesahkan bahawa PlayStation Productions iaitu studio produksi filem oleh Sony Interactive Entertainment juga akan terlibat dengan produksi filem aksi-nyata Uncharted ini.
Kami sendiri di Aksiz juga tidak terkejut atas berita ini dan dengan masalah ini, kami berharap agar Sony batalkan sahaja filem ini memandangkan ianya terlalu banyak masalah dan terlalu lama berada di dalam rancangan produksi.